CompaniesNeutral5.0
Astro Celebrates 30th Anniversary With Free Access to All Channels and Exclusive Offers for Customers
Sambut Ulang Tahun Ke-30, Astro Belanja Pelanggan! Akses Percuma Untuk Semua Saluran & Pelbagai Tawaran Eksklusif asyraf_roslan@… Thu, 13 Aug 2026 - 18:37 Selaku penaraju kandungan di Malaysia, Astro hari ini melancarkan sambutan ulang tahun ke-30 tahun dengan pelbagai tawaran dan pengalaman untuk pelanggan. Sebagai tanda ucapan terima kasih atas sokongan berterusan masyarakat Malaysia, sambutan ini akan membawakan akses percuma kepada semua saluran Astro, dua saluran khas, akses percuma untuk Astro X3 di TV Pintar, saluran tambahan di NJOI, ganjaran eksklusif kempen dan aktiviti lapangan. Henry Tan, Group CEO of Astro, berkata: “Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jutaan rakyat Malaysia yang telah menjadikan kami sebahagian daripada kehidupan mereka. Sepanjang tiga dekad yang lalu, kami amat berbesar hati kerana berpeluang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap media dan hiburan negara, serta terus berkhidmat kepada komuniti di seluruh Malaysia menerusi pelbagai cerita, hiburan, pendidikan dan pengalaman yang dikongsi bersama. Sokongan anda membantu kami untuk terus meneroka dan melahirkan bakat-bakat sambil membawakan kisah yang mencerminkan keunikan dan kepelbagaian di negara kita. Hari ini, kami berbesar hati menjadi pencipta kandungan nombor 1 di Malaysia, satu kedudukan yang hanya dapat direalisasikan dengan kepercayaan dan sokongan masyarakat Malaysia, serta komitmen, semangat berpasukan, rakan kongsi dan juga bakat-bakat. Selari dengan landskap media yang terus berkembang, kami kini lebih komited untuk mengangkat kisah-kisah Malaysia, memupuk bakat generasi baharu serta mencipta pengalaman yang mampu menyatukan rakyat Malaysia. Menjadi satu penghormatan buat kami untuk terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia, dan kami teruja serta diinspirasikan oleh peluang-peluang yang menanti pada masa hadapan.” Tawaran Dan Pengalaman Eksklusif Sebagai sebahagian dari sambutan ulang tahun ke 30 Astro dan Hari Kebangsaan, pelanggan akan menikmati pelbagai ganjaran istimewa, penambahan tawaran kandungan, dan pengalaman eksklusif bermula dari Ogos sehingga Disember 2026. Bermula dari 15 Ogos sehingga 16 September, semua pelanggan Astro bakal menikmati akses kepada semua saluran Astro. Pelanggan juga boleh menikmati dua saluran tambahan istimewa iaitu Astro 30 (Saluran 100) dan Aniplus (Saluran 120). Astro 30 (Saluran 100), tersedia bermula 15 Ogos sehingga 31 Oktober 2026 akan membawakan barisan istimewa hit antarabangsa, filem blockbuster, konsert dan program kegemaran ramai. Antara sorotan termasuk kesemua lapan filem Spider Man, Borneo Rising, The Last Kopek Senario Reunion 30 Tahun, BTS: Love Yourself in New York Concert Film, How to Make Millions Before Grandma Dies, Tekad: Ekspedisi Guthrie Everest 2026 dan edisi terbaharu Tom Tom Bak . Ia juga membawakan lima telemovie istimewa. Aniplus (Saluran 120), tersedia bermula 15 Ogos sehingga 31 Disember 2026, menawarkan kepada peminat anime akses beberapa siri terbaharu dan juga popular dari Jepun termasuk Trapped in a Dating Sim 2: The World of Otome Games is Tough for Mobs , Hanaori-san Still Wants to Fight in the Next Life, dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, pelanggan Astro juga bakal menerima akses kepada Astro X3 yang baharu dilancarkan di semua peranti TV pintar, membolehkan mereka untuk strim terus menerusi aplikasi Astro tanpa perlu menggunakan dekoder. Pelanggan NJOI akan menikmati lebih kandungan, dengan Astro Prima (Saluran 105), Astro Oasis (Saluran 106), Astro AEC (Saluran 306) dan Stadium Astro (Saluran 802) secara percuma bermula 13 Ogos 2026, menjadikan jumlah tontonan saluran percuma sebanyak 26 kesemuanya. Lebih dari sekadar tontonan, Astro Audio bakal membawakan sambutan kepada masyarakat di setiap pelusuk negara melalui KITA FM 2026: Satu Nama, Satu Suara, satu inisiatif istimewa menggabungkan kesemua 13 jenama Astro Audio di bawah satu bumbung untuk siaran langsung dari luar konti. KITA FM akan membawakan jelajah bas, sesi beramah mesra, dan juga pengalaman interaktif. Inisiatif ini akan bermula pada sambutan Hari Merdeka di Dataran Putrajaya sebelum melabuhkan tirai di Kuching, Sarawak pada 16 September 2026. Sebagai sebahagian dari sambutan Hari Malaysia, KITA FM juga akan melancarkan Larian 63 Kilometer, membawakan kesemua penyampai radio Bersama dalam mengejar Malaysia Book of Record, dan juga melancarkan lagu tema berbilang bahasa, “KITA” di semua platform penstriman. Buat penunjung acara dan peminat konsert, MY FM Big Show bakal Kembali pada 17 Oktober 2026 di Arena of Stars, Resorts World Genting, membawakan bersama penyampai MY FM dan juga barisan bintang tempatan dan antarabangsa dalam satu acara berprestij industri radio. Pelanggan Astro bakal menikmati berbagai tawaran istimewa, termasuk diskaun dan tiket percuma ke konsert ALPHA First Wave, MY FM Big Show, Gegar Vaganza dan juga Konsert KITA Countdown, akses lorong pantas sesi ramah mesra di acara Home of Kids, serta akses ke acara sukan utama seperti Sepak Takraw League dan Sultan Azlan Shah Cup. Astro 30th Anniversary Showcase Sambutan ini mengambil tempat di pentas utama pada 23 Ogos 2026, di Pintu Masuk Utama Pavilion Kuala Lumpur beserta acara sambutan 30 tahun Astro, membawakan bintang-bintang ternama dan juga bakat baharu termasuk Faizal Tahir, Sherry Al Hadad, Stacy Anam, ALPHA, Vanessa Reynauld, Auddra dan Zeppo Youngsterz . Peminat boleh bertemu dengan beberapa bintang kegemaran mereka dari Talk To My Manager 2 , termasuk Cik B, Azeva, dan Amarra, beserta pemenang dari Big Stage Rocketfuel dan juga Big Stage Tamil. Penonton juga akan berpeluang untuk bertemu dengan bintang dari siri drama dan filem termasuk drama Cina, Wolong: The Mastermind, siri Tamil – Visham dan Mounam Pesiyadhe, juga prekuel kepada siri paling berjaya Project: High Council – Kudrat, dan Terbang, sebuah filem diinspirasikan dari kisah benar pelumba ralli lagenda Karamjit Singh. Pelanggan Astro terpilih bakal berpeluang untuk menyaksikan acara dari Zon VIP Rock eksklusif, membawa mereka lebih dekat dengan bintang kegemaran mereka. Dengan Astro menyambut ulangtahun nya yang ke-30, kami mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Malaysia atas kepercayaan dan sokongan mereka sepanjang perjalanan kami. Kami akan terus komited untuk membawakan kepada para penonton kandungan hebat dan pengalaman di masa akan datang. Disable Ads Off Brand Safe On Selaku penaraju kandungan di Malaysia, Astro hari ini melancarkan sambutan ulang tahun ke-30 tahun dengan pelbagai tawaran dan pengalaman untuk pelanggan. Sebagai tanda ucapan terima kasih atas sokongan berterusan masyarakat Malaysia, sambutan ini akan membawakan akses percuma kepada semua saluran Astro, dua saluran khas, akses percuma untuk Astro X3 di TV Pintar, saluran tambahan di NJOI, ganjaran eksklusif kempen dan aktiviti lapangan. Henry Tan, Group CEO of Astro, berkata: “Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jutaan rakyat Malaysia yang telah menjadikan kami sebahagian daripada kehidupan mereka. Sepanjang tiga dekad yang lalu, kami amat berbesar hati kerana berpeluang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap media dan hiburan negara, serta terus berkhidmat kepada komuniti di seluruh Malaysia menerusi pelbagai cerita, hiburan, pendidikan dan pengalaman yang dikongsi bersama. Sokongan anda membantu kami untuk terus meneroka dan melahirkan bakat-bakat sambil membawakan kisah yang mencerminkan keunikan dan kepelbagaian di negara kita. Hari ini, kami berbesar hati menjadi pencipta kandungan nombor 1 di Malaysia, satu kedudukan yang hanya dapat direalisasikan dengan kepercayaan dan sokongan masyarakat Malaysia, serta komitmen, semangat berpasukan, rakan kongsi dan juga bakat-bakat. Selari dengan landskap media yang terus berkembang, kami kini lebih komited untuk mengangkat kisah-kisah Malaysia, memupuk bakat generasi baharu serta mencipta pengalaman yang mampu menyatukan rakyat Malaysia. Menjadi satu penghormatan buat kami untuk terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia, dan kami teruja serta diinspirasikan oleh peluang-peluang yang menanti pada masa hadapan.” Tawaran Dan Pengalaman Eksklusif Sebagai sebahagian dari sambutan ulang tahun ke 30 Astro dan Hari Kebangsaan, pelanggan akan menikmati pelbagai ganjaran istimewa, penambahan tawaran kandungan, dan pengalaman eksklusif bermula dari Ogos sehingga Disember 2026. Bermula dari 15 Ogos sehingga 16 September, semua pelanggan Astro bakal menikmati akses kepada semua saluran Astro. Pelanggan juga boleh menikmati dua saluran tambahan istimewa iaitu Astro 30 (Saluran 100) dan Aniplus (Saluran 120). Astro 30 (Saluran 100), tersedia bermula 15 Ogos sehingga 31 Oktober 2026 akan membawakan barisan istimewa hit antarabangsa, filem blockbuster, konsert dan program kegemaran ramai. Antara sorotan termasuk kesemua lapan filem Spider Man, Borneo Rising, The Last Kopek Senario Reunion 30 Tahun, BTS: Love Yourself in New York Concert Film, How to Make Millions Before Grandma Dies, Tekad: Ekspedisi Guthrie Everest 2026 dan edisi terbaharu Tom Tom Bak . Ia juga membawakan lima telemovie istimewa. Aniplus (Saluran 120), tersedia bermula 15 Ogos sehingga 31 Disember 2026, menawarkan kepada peminat anime akses beberapa siri terbaharu dan juga popular dari Jepun termasuk Trapped in a Dating Sim 2: The World of Otome Games is Tough for Mobs , Hanaori-san Still Wants to Fight in the Next Life, dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, pelanggan Astro juga bakal menerima akses kepada Astro X3 yang baharu dilancarkan di semua peranti TV pintar, membolehkan mereka untuk strim terus menerusi aplikasi Astro tanpa perlu menggunakan dekoder. Pelanggan NJOI akan menikmati lebih kandungan, dengan Astro Prima (Saluran 105), Astro Oasis (Saluran 106), Astro AEC (Saluran 306) dan Stadium Astro (Saluran 802) secara percuma bermula 13 Ogos 2026, menjadikan jumlah tontonan saluran percuma sebanyak 26 kesemuanya. Lebih dari sekadar tontonan, Astro Audio bakal membawakan sambutan kepada masyarakat di setiap pelusuk negara melalui KITA FM 2026: Satu Nama, Satu Suara, satu inisiatif istimewa menggabungkan kesemua 13 jenama Astro Audio di bawah satu bumbung untuk siaran langsung dari luar konti. KITA FM akan membawakan jelajah bas, sesi beramah mesra, dan juga pengalaman interaktif. Inisiatif ini akan bermula pada sambutan Hari Merdeka di Dataran Putrajaya sebelum melabuhkan tirai di Kuching, Sarawak pada 16 September 2026. Sebagai sebahagian dari sambutan Hari Malaysia, KITA FM juga akan melancarkan Larian 63 Kilometer, membawakan kesemua penyampai radio Bersama dalam mengejar Malaysia Book of Record, dan juga melancarkan lagu tema berbilang bahasa, “KITA” di semua platform penstriman. Buat penunjung acara dan peminat konsert, MY FM Big Show bakal Kembali pada 17 Oktober 2026 di Arena of Stars, Resorts World Genting, membawakan bersama penyampai MY FM dan juga barisan bintang tempatan dan antarabangsa dalam satu acara berprestij industri radio. Pelanggan Astro bakal menikmati berbagai tawaran istimewa, termasuk diskaun dan tiket percuma ke konsert ALPHA First Wave, MY FM Big Show, Gegar Vaganza dan juga Konsert KITA Countdown, akses lorong pantas sesi ramah mesra di acara Home of Kids, serta akses ke acara sukan utama seperti Sepak Takraw League dan Sultan Azlan Shah Cup. Astro 30th Anniversary Showcase Sambutan ini mengambil tempat di pentas utama pada 23 Ogos 2026, di Pintu Masuk Utama Pavilion Kuala Lumpur beserta acara sambutan 30 tahun Astro, membawakan bintang-bintang ternama dan juga bakat baharu termasuk Faizal Tahir, Sherry Al Hadad, Stacy Anam, ALPHA, Vanessa Reynauld, Auddra dan Zeppo Youngsterz . Peminat boleh bertemu dengan beberapa bintang kegemaran mereka dari Talk To My Manager 2 , termasuk Cik B, Azeva, dan Amarra, beserta pemenang dari Big Stage Rocketfuel dan juga Big Stage Tamil. Penonton juga akan berpeluang untuk bertemu dengan bintang dari siri drama dan filem termasuk drama Cina, Wolong: The Mastermind, siri Tamil – Visham dan Mounam Pesiyadhe, juga prekuel kepada siri paling berjaya Project: High Council – Kudrat, dan Terbang, sebuah filem diinspirasikan dari kisah benar pelumba ralli lagenda Karamjit Singh. Pelanggan Astro terpilih bakal berpeluang untuk menyaksikan acara dari Zon VIP Rock eksklusif, membawa mereka lebih dekat dengan bintang kegemaran mereka. Dengan Astro menyambut ulangtahun nya yang ke-30, kami mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Malaysia atas kepercayaan dan sokongan mereka sepanjang perjalanan kami. Kami akan terus komited untuk membawakan kepada para penonton kandungan hebat dan pengalaman di masa akan datang. Main Image Image Disable Ads Off Brand Safe On Google analytics counter 0 AI Generated Summary Astro meraikan ulang tahun ke-30 dengan tawaran eksklusif termasuk akses percuma ke semua saluran Astro, dua saluran khas Astro 30 dan Aniplus, serta akses Astro X3 di TV Pintar. Pelanggan NJOI juga akan menikmati lebih banyak saluran percuma, manakala Astro Audio melancarkan inisiatif KITA FM 2026 dengan pelbagai aktiviti interaktif di seluruh negara. Acara utama sambutan berlangsung pada 23 Ogos 2026 di Pavilion Kuala Lumpur, menampilkan bintang terkenal dan bakat baharu serta peluang eksklusif untuk pelanggan Astro terpilih. Enable AI Generated Summary Enable Enable Product Slider Enable
29m ago · Read the story →